Home Loan Calculator

--> The results of this loan payment calculator are for comparison purposes only. They will be a close approximation of actual loan repayments if available at the terms entered, from a financial institution. This is being provided for you to plan your next loan application. To use, enter values for the Loan Amount, Number of Months for Loan, and the Interest Rate (e.g. 7.25), and click the Calculate button. Clicking the Reset button will clear entered values.
Description Data Entry
Loan Amount
Loan Length in Months
Interest Rate
Monthly PaymentCalculated
Enter only numeric values (no commas), using decimal points where needed.
Non-numeric values will cause errors.

Sunday, 23 March 2025

Klasifikasi & Hierarki Bandar

Klasifikasi & Hierarki Bandar   

Bandar merupakan enjin pertumbuhan ekonomi dan pusat perkhidmatan serta tempat tinggal bagi lebih daripada 79.6% penduduk Malaysia menjelang tahun 2025 (DPN2, 2016). Oleh itu, bandar seharusnya dirancang berdasarkan hierarki dan fungsi yang tersendiri bagi mengelakkan konflik, pertindihan fungsi dan persaingan tidak sihat dari segi guna tanah, alam sekitar, ekonomi, sosial, infrastruktur, kemudahan perbandaran dan sebagainya.

Berdasarkan 283 buah bandar di Semenanjung yang telah dikenalpasti dalam DPN2 setakat ini, bandar diklasifikasi berdasarkan hierarki seperti berikut:


(1) Bandar Global -

Bandar yang mempunyai kepentingan dalam sistem ekonomi global yang mempunyai kesemua atau sebahagian besar 13 kriteria Bandar Global. >3.5 juta penduduk (untuk keseluruhan konurbasi). 2 bandar Global yang dikenalpasti adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya. 


(2) Bandar Wilayah -

Sebuah ibu negeri yang mempunyai pengaruh ekonomi dan pentadbiran yang melepasi sempadan wilayah dan negara. >1.5juta - 3.5 juta penduduk (untuk keseluruhan konurbasi). 5 bandar wilayah adalah Georgetown, Johor Bahru, Kuantan dan Labuan, Kota Kinabalu.


(3) Bandar Negeri -

Merupakan ibu negeri bagi setiap negeri selain bandar global dan bandar wilayah. Fungsi utama adalah bandar pentadbiran negeri dan pusat pertumbuhan ekonomi utama. Tiada saiz minimum atau 'range' penduduk ditetapkan.


(4) Bandar Utama -

Berperanan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang signifikan dalam negeri. Saiz penduduk adalah > 100,000 orang.


(5) Bandar Tempatan -

Bandar yang memberi perkhidmatan perniagaan dan/atau pentadbiran kepada kawasan yang lebih kecil berbanding bandar utama. Saiz penduduk 10,000-100,000 dan Pusat Pentadbiran Daerah sekiranya kurang dari 10,000 penduduk.


Sumber / Kredit : Zulkifli Marzuki

Rujukan : Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2)

#DPN2 #Dasar #Klasifikasi #HierarkiBandar #BandarGlobal #BandarWilayah #BandarNegeri #BandarUtama #BandarTempatan

No comments:

Post a Comment

Klasifikasi & Hierarki Bandar

Klasifikasi & Hierarki Bandar    Bandar merupakan enjin pertumbuhan ekonomi dan pusat perkhidmatan serta tempat tinggal bagi lebih darip...