PERASMIAN BANDAR SENTOSA & PROGRAM KOMUNITI SIHAT & SEJAHTERA DAERAH KLANG 2025
Hari ini tanggal 22hb Februari 2025, hari yang istimewa dan penuh bersejarah buat semua warga Sentosa kerana diadakan majlis perasmian Bandar Sentosa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB Tuan Dr. Gunarajah a/l R. George kerana telah memberikan idea dan cadangan untuk perubahan Taman Sentosa kepada Bandar Sentosa.
Penaiktarafan Bandar Sentosa kerana telah memenuhi kriteria bandar seperti berikut:
a) Jumlah penduduk yang menghampiri 100 ribu orang.
b) Pembangunan sediada di Taman Sentosa yang pesat seiring dengan pembangunan sekitarnya khususnya bagi kawasan Klang Selatan.
c) Cadangan perubahan nama ‘Taman Sentosa’ kepada ‘Bandar Sentosa’ adalah selaras dengan penaiktarafan Majlis Perbandaran Klang kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang pada 23 November 2023 yang telah diisytiharkan pada 5 Februari 2024.
Bandar Sentosa merupakan satu petempatan yang agak lama dan sempadannya diambilkira dari sempadan asal Batu Ampat Estate sekitar tahun 1963.
Berkeluasan 2,229 ekar dan jumlah penduduk adalah seramai 93,251 orang.
Merujuk kepada Rancangan Tempatan Bandaraya Diraja Klang 2035 (Pengubahan 1), zon gunatanah terbesar adalah perumahan, diikuti zon gunatanah perniagaan dan perindustrian.
Kedudukan Bandar Sentosa yang strategik mempunyai jaringan perhubungan baik dihubungkan melalui Jalan kebun, Jalan Sungai Jati, Jalan Raja Nong, Jalan Kebun Nenas dan Persiaran Puteri. Terdapat dua (2) lebuhraya berhampiran Bandar Sentosa iaitu Lebuhraya KESAS dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).
Bandar Sentosa berhampiran dengan pusat pertumbuhan utama di Klang Selatan iaitu Ambang Botanik, Bandar Puteri, Bandar Putera, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Bandar Botanik, Kota Bayuemas, Bandar Parkland dan Bandar Bestari.
Kawasan tumpuan perniagaan adalah di deretan kedai di sepanjang Jalan Sungai Jati dan Jalan Raja Nong. Manakala aktiviti perindustrian tertumpu di Jalan Sungai Jati dan Jalan Kebun Nenas.
No comments:
Post a Comment